Dah lama tak masak dalca so hari ni saya masak nasi tomato bersama dalca dan ayam goreng berempah . Dalca yang sedap dimakan dengan nasi minyak/tomato/beriani dan kalau tak habis dalca ni boleh disimpan serta dipanaskan semula dan boleh dimakan cicah dengan roti canai segera mmm anak-anak saya suka tu..
BAHAN-BAHAN :
300 grm daging lembu batang pinang
1 peket rempah kari daging
1 peket rempah kari daging
4 cawan santan - boleh tambah
1 biji terung bulat
1 biji terung bulat
4 biji ubi kentang
1 biji carrot
100 grm kacang dal - boleh ditambah
Kacang dal direbus sehingga empuk & ditos ,saya ambik sedikit air rebusan kacang dal untuk dicampur dalam kuah dalca ni .
Kacang dal direbus sehingga empuk & ditos ,saya ambik sedikit air rebusan kacang dal untuk dicampur dalam kuah dalca ni .
BAHAN-BAHAN TUMISAN :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm kayu manis
3 biji bunga lawang
1 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 peket serbuk kari daging
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
Bersihkan daging dan potong kecil-kecil . Kupas semua kulit bawang dan halia kemudian ditumbuk lumat . Bersihkan semua sayur dan di potong ikut saiz yang sesuai .
Panaskan minyak secukupnya dan tumiskan semua bahan yang ditumbuk tadi , kulit kayu manis , bunga lawang+bunga cengkih , buah pelaga . Kacau sampai bawang menjadi layu dan terus di masukkan rempah kari yg sudah dibancuh dengan sedikit air tadi dan kacau , biar sampai rempah masak dan terbit minyak.
Masukan semua santan bersama dengan air rebusan kacang dal , daging dan biarkan daging masak serta menjadi empuk . Masukkan ubi kentang dan biar ubi masak sehingga empuk kemudian boleh la masuk carrot . Bila carrot agak empuk boleh dimasuk kacang dal , terung serta garam secukup rasa dan kacau sekejap dalca ini . Bila semua sayur dah empuk boleh la ditutup api dapur .
0 komentar